‘Pakai Purdah, Menari Pula Di AJL’ – Netizen Kecam Beberapa Insiden Yang Tidak Sepatutnya Berlaku Di AJL32

Foto ihsan netizen

Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke 32 sudah melabuhkan tirainya malam tadi. AJL kali ini berbeza kerana ia menampilkan kelainan dari segi nyanyian, persembahan dan juga pengacaraan.

Bagaimanapun di sebalik kemeriahan AJL pada malam tadi, terselit beberapa insiden yang telah mencetuskan rasa tidak puas hati dan kemarahan netizen.

Di laman sosial, netizen mengutuk tindakan seorang perempuan berpurdah dilihat menari di AJL32. Bagi netizen, tindakannya itu secara tidak langsung menjatuhkan imej golongan perempuan berpurdah. Malah netizen turut mempersoalkan mengapa perempuan berkenaan berkelakuan tidak senonoh seperti itu.

Sementara itu, persembahan Khai Bahar pula dikritik hebat netizen kerana mereka menganggap persembahan Khai berunsurkan Freemason. Klip video pada 00:24 saat dikatakan, lambang pedang tersebut menyerupai salib. Ramai yang mengatakan persembahan yang disampaikannya tidak mempedulikan sensitiviti agama.

Kemunculan pelakon Iqram Dinzly di akhir program itu juga membuatkan netizen kurang senang dengan perbuatannya yang dianggap tidak bertamadun.

“Kenapa AJL32 masukkan si Iqram yang viral sebab benda bodoh abadi yang dia buat? Anugerah seperti ini tidak sepatutnya masukkan unsur-unsur negatif tidak bertamadun itu.

Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang berpendapat AJL32 kali ini lebih kemas dan tidak semak dengan para sponsor produk timbang kilo. Apa pun, tahniah kepada para pemenang. Kepada netizen, sila kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Sumber: The Reporter

sumber :satkoba.com

Prm:
CERITA KEDUA

Semua sedia maklum, Neelofa dan Datuk Hans Isaac pernah bersama suatu masa dahulu. Namun hubungan mereka terputus di tengah jalan lalu masing-masing membawa diri dan haluan sendiri.

Namun baru-baru ini melalui portal Hangat.com, MH ada nampak mereka kongsikan gambar dimana Neelofa dan Hans dikatakan telah makan malam bersama di Genting Hishlands, Pahang.

Amboi bukan main manis lagi senyuman Neelofa ketika bersebelahan dengan Hans.

MH difahamkan mereka baru sahaja selesai menonton konsert penyanyi Hollywood terkenal Joh Legend.

Jika tidak salah, konsert tersebut merupakan Darkness and Light World Tour yang telah diadakan di Arena of Stars di Resort World Genting.

Semua ini dapat dikesan melalui instagram seorang pengacara, model serta sahabat baik kepada Hans apabila memuat naik video di Insta Storiesnya.

Secara tidak langsung telah mengukuhkan dakwaan mereka berdua telah menonton filem tersebut bersama.

Bagaimanapun, sehingga kini baik Neelofa mahupun Hans tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Tetapi andai kata benar, why not! Lagipula masing-masing single dan available bukan?

SUMBER : Hangat.com

The post Mereka Di ‘tangkap’ Tonton Persembahan John Legend Bersama, Benarkah Cinta Neelofa & Hans Isaac Berputik Kembali ? appeared first on KRT.

SUMBER: ceritakembor.com

CERITA KETIGA

Kenyataan Rasmi:
Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak
Pengurus

Tahniah diucapkan buat penyanyi kesayangan ramai, Dato Sri Siti Nurhaliza yang selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi tadi.
1 Rejab Yang Bermakna

Siti yang bersalin secara pembedahan itu memilih untuk bersalin hari ini kerana pada hari ini juga adalah 1 Rejab dalam bulan Islam dan bersamaan tarikh kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) . Siti dan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat.
Bakal Umumkan Nama Anak Dalam Masa Terdekat

Mengenai wajah dan nama anak beliau pula, sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk melihatnya apatah lagi berita teka teki kelahiran bayi ini hangat diperkatakan sejak minggu lalu. Siti dan suami walaubagaimanapun meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Mewakili pihak Siti dan keluargar, Rozi Abdul Razak pengurus kepada penyanyi itu yang juga kakak iparnya mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan. Tahniah diucapkan buat Siti dan keluarga! Selamat berpantang dan semoga bayi berkenaan membesar menjadi anak yang solehah.

Sumber: Hangat.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*