Intan Liana “9 Tahun Jadi Penari”, Ingin kembali menjadi penari tapi Tak Terfikir Untuk Buka Tudung.

Niat untuk berhijrah sudah lama ada tetapi dek kerana tuntutan kerja menyebabkan personaliti ini belum bersedia untuk berhijab. Namun setelah berkahwin, akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Apatah lagi ketika itu Intan Liana juga turut mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi memberi tumpuan kepada rumah tangga juga atas arahan Imamnya ketika itu.

 

Namun tiada siapa menduga kebahagiaan yang dikecapi hanya mampu dilalui selama 5 tahun sahaja kerana takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Walau diduga ujian maha berat, namun Intan Liana reda dan akan terus istiqomah dengan apa yang telah berlaku.

 

9 TAHUN JADI PENARI

 

Part 2#Repost @ashhannas • • • 30 Soalan bersama Bonda Intan PART 2 — Ya Allah comelnya Bonda! Kekakak semua terima kasih sebab sokong bonda! Terima kasih sebab support abang kawasan, ingat baju raya letups ingat Ashh&Annas follow cepat @ashhannasraya2018 pom! Pom! Yays . Rezeki Allah tak pernah salah alamat kan? Sayang bonda #AshhAnnasClassyRaya2018 . P/s: TAG RERAKAN KEKAKAK PLS! SEMUA BAJU DAH BOLEH BOOKING! RM100 SAHAJA! Follow @ashhannasraya2018 @ashhannasraya2018

 

A post shared by doubleA (@__iiiintan.saleh) on Apr 19, 2018 at 11:52pm PDT

 

 

 

“Sebelum berkahwin saya dulu adalah seorang penari. Selama 9 tahun menjadi penari sebelum saya mengambil keputusan untuk berhenti setelah berumah tangga. Niat sebelum itu memang ada nak berhijab, tetapi kerjaya sebagai penari tidak begitu bersesuaian ketika itu.

 

“Setelah berkahwin, saya mengambil keputusan berhijab hinggalah sekarang ini. Tiada siapa mendorong berhijab sebaliknya hidayah datang tepat pada waktunya. Sepanjang lima tahun saya berhijab tidak pernah terlintas untuk membukanya. Bahkan saya rasa selesa dan selamat setelah memakainya,” ungkap Intan Liana yang gemarkan fesyen unik sejak dulu lagi. Ramai sudah maklum bahawa dia kini bekerja keras demi menyara kehidupan setelah ditinggalkan suaminya.

 

“Walaupun diduga saya tidak akan sesekali buka tudung. Biarpun sebelum ini saya memang ada terfikir untuk kerja balik sebagai penari kerana hanya pekerjaan itu yang saya tahu buat. Tetapi bila saya fikir-fikir balik agak susah kerana saya kini sudah berhijab.

 

“Jadi apabila ada tawaran daripada Datuk Seri Aliff Syukri saya anggap itu rezeki. Bukan itu sahaja, saya juga terikat menjadi model pakaian raya untuk jenama AshhAnnas. Buat masa ini memang saya fokuskan sebagai model muslimah secara sambilan. Saya juga tidak terfikir untuk cari kerja tetap kerana fokus dengan apa yang ada ada depan mata dulu,” tambahnya yang mempunyai dua orang anak lelaki berumur 3 tahun dan 1 tahun 4 bulan.

 

ANAK-ANAK JADI KEKUATAN

 

 

 

Nampak tak boss kita bebel sorang pegi 10 dtg eh… Hihiii ade jekkk… Setiap org ade kelebihan dan kekurangan.. Semoga jd pengajaran buat diri ini.. Muhasabah diri… @aliffsyukriterlajaklaris… @aliff_syukri

 

A post shared by doubleA (@__iiiintan.saleh) on Apr 16, 2018 at 10:50pm PDT

 

Menurut Intan juga anak-anak dan keluarga jadi sumber kekuatannya dalam menghadapi kesukaran yang tidak diduga ini.

 

“Saya perlu kuat untuk anak-anak. Walaupun kadang-kadang hati saya jadi rapuh dan apabila teringat perkara lalu buat saya menangis. Oleh kerana sebelum ini saya adalah suri rumah tangga, jadi urusan menjaga anak memang terletak pada bahu saya.

 

“Jadi apabila ada sebarang shooting atau kerja, saya akan bawak anak-anak. Susah untuk tinggalkan mereka, lebih-lebih lagi anak yang masih kecil kerana masih menyusu badan. Baru saya cuba-cuba untuk beri susu botol. Cuma kadang-kadang ayah dia akan ambil seorang terutama anak yang sulung. Dalam hal ini saya tidak hadkan hubungan antara ayah dan anak,” jelasnya yang tekad untuk bekerja dengan lebih kuat dan bersungguh-sungguh demi kelangsungan hidup

 

SAMBUT RAMADAN TANPA SUAMI

 

Ditanya persediaan menyambut ramadan tahun ini, Intan memberitahu semuanya sama kecuali kelainan tiada suami di sisi. Kalau dulu menurutnya akan fikirkan untuk sediakan juadah buat suami, tetapi kali ini hanya akan menyambutnya bersama keluarga.

 

Intan ditemui ketika majlis pelancaran Innersejuk X Lily Petuna di Subang minggu lalu. Kehadirannya walaupun lambat tetapi dia tetap memberikan sepenuh kerjasama dengan pihak penganjur. Innersejuk adalah produk anak tudung keluaran pertama di Malaysia yang menggunakan teknoogi Drichill.

 

sejak tahun 2014 dan keistimewaannya adalah mampu membuang haba berlebihan, menyerap peluh dan cepat kering, tidak mencekik, tidak ketat dan selesa serta tahan lama walaupun dibasuh dan dijemut berulang kali.

 

Hadir bekerjasama dengan label Lily Petuna dalam satu pertunjukan fesyen dan innersejuk kali ini didatangkan dengan pelbagai warna terang yang menarik.

 

sumber:hijabista

 

sumber : pahooopah com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*