Hafiz pasrah tak boleh dukung anak

“SAYA reda meskipun sedih tak dapat mendukung anak sendiri, Muhammad Riyadh Zafri yang kini makin aktif,” kata penyanyi Hafiz Suip.

Pelantun lagu Noktah Cinta itu terpaksa memendam rasa seorang bapa apabila tidak dapat mendukung anak sulungnya kerana menghadapi kecederaan tulang belakang sejak tiga tahun lalu.

Hafiz berkata, atas nasihat doktor dia tidak dibenarkan mengangkat dan melakukan kerja berat, termasuk mendukung anak kecilnya itu.

@riyadhzafri nak pergi mana tu? 🤨

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on

“Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya semakin baik selepas mendapatkan rawatan daripada pakar tulang belakang dan menjalani fisioterapi setiap bulan selama tiga tahun.

“Bagaimanapun, sekarang ini saya hanya menjalani rawatan apabila sakit itu menyerang. Namun saya bersyukur semuanya dalam keadaan terkawal cuma tidak boleh mengangkat barang berat termasuk mendukung anak yang semakin membesar,” katanya.

Muhammad Riyadh Zafri yang dilahirkan pada 30 Disember tahun lalu adalah cahaya mata sulung Hafiz, 28, dan isteri, Nureffy Jesreel Abdullah atau Effy, 26.

Menurut Hafiz, penderitaan yang dialami tidak merencatkan aktiviti seninya malah masih aktif memenuhi undangan nyanyian.

“Saya percaya setiap yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya. Meskipun pada mulanya saya rasa pembabitan saya dalam industri akan sedikit terbatas, tapi semuanya dipermudahkan.

“Apa tidaknya, saya bersyukur masih mendapat peluang untuk mengadakan persembahan. Malah saya berasa teruja apabila diberi kesempatan untuk terbabit dalam Mentor 7 sebagai mentor bersama tiga selebriti lain,” katanya.

Selain Hafiz, program yang bakal memulakan pencarian protege di Sabah dan Sri Pentas, Bandar Utama bermula 8 Ogos ini turut membariskan Datuk Syafinaz Selamat, Aizat Amdan dan Siti Nordiana.

Sumber: Metro Online

Sumber : gengjoyah.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*