Hadir Eksklusif Ke Program MeleTop, Bekas Madu Izreen Azminda Beri Penjelasan

Apa yang berlaku pada bekas isteri Ude Wahid, Intan Liana Saleh, yang diceraikan setelah Ude mengahwini pelakon Izreen Azminda Aznam sebagai isteri keduanya menimbulkan simpati ramai pihak.

Ude dan Izreen masih belum berhenti menerima kecaman Netizen ekoran keputusan mereka, manakala Intan Liana yang sebelum ini seorang surirumah dihujani pelbagai tawaran menjadi model pakaian dan membuat ulasan produk.

Minggu lepas, Intan Liana telah muncul untuk ditemubual di rancangan MeleTop yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabil. Namun terdapat pihak yang mempersoalkan mengapa dia muncul di program itu sedangkan dia tidak terbabit dalam kerjaya seni. Bagi mereka, adalah lebih sesuai untuk Intan Liana muncul dalam rancangan seperti Wanita Hari Ini dan Motif Viral.

Melalui akaun Instagramnya, Intan telah membuat penjelasan:


Betul juga kata Intan, dia hanya memenuhi undangan mereka. MeleTop mengundang Intan untuk ditemu bual juga mungkin berkaitan dengan Anugerah MeleTop Era 2018 di mana pasangan Izreen dan Ude tercalon dalam kategori Couple MeleTop.

Kemunculan Intan Liana boleh ditonton di bawah di rangkaian rasmi MeleTop di YouTube:

Apa pun selamat maju jaya buat Intan Liana. Sikapnya yang kelihatan sabar dan positif dalam menghadapi apa yang telah berlaku ternyata telah memenangkan sokongan Netizen buatnya, walaupun ada mendakwa Ude telah memerli Intan melalui muat naik satu gambar di Instagram baru-baru ini. Stay positive! – beautifulnara.com

CERITA KEDUA

Semua sedia maklum, Neelofa dan Datuk Hans Isaac pernah bersama suatu masa dahulu. Namun hubungan mereka terputus di tengah jalan lalu masing-masing membawa diri dan haluan sendiri.

Namun baru-baru ini melalui portal Hangat.com, MH ada nampak mereka kongsikan gambar dimana Neelofa dan Hans dikatakan telah makan malam bersama di Genting Hishlands, Pahang.

Amboi bukan main manis lagi senyuman Neelofa ketika bersebelahan dengan Hans.

MH difahamkan mereka baru sahaja selesai menonton konsert penyanyi Hollywood terkenal Joh Legend.

Jika tidak salah, konsert tersebut merupakan Darkness and Light World Tour yang telah diadakan di Arena of Stars di Resort World Genting.

Semua ini dapat dikesan melalui instagram seorang pengacara, model serta sahabat baik kepada Hans apabila memuat naik video di Insta Storiesnya.

Secara tidak langsung telah mengukuhkan dakwaan mereka berdua telah menonton filem tersebut bersama.

Bagaimanapun, sehingga kini baik Neelofa mahupun Hans tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Tetapi andai kata benar, why not! Lagipula masing-masing single dan available bukan?

SUMBER : Hangat.com

The post Mereka Di ‘tangkap’ Tonton Persembahan John Legend Bersama, Benarkah Cinta Neelofa & Hans Isaac Berputik Kembali ? appeared first on KRT.

SUMBER: ceritakembor.com

CERITA KETIGA

Kenyataan Rasmi:
Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak
Pengurus

Tahniah diucapkan buat penyanyi kesayangan ramai, Dato Sri Siti Nurhaliza yang selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi tadi.
1 Rejab Yang Bermakna

Siti yang bersalin secara pembedahan itu memilih untuk bersalin hari ini kerana pada hari ini juga adalah 1 Rejab dalam bulan Islam dan bersamaan tarikh kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) . Siti dan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat.
Bakal Umumkan Nama Anak Dalam Masa Terdekat

Mengenai wajah dan nama anak beliau pula, sudah pasti ramai yang t…

AKHIRNYA KANTOI! GAMBAR PERKAHWINAN IQRAM TERSEBAR! AKHIRNYA IQRAM TERPAKSA BERLAKU JUJUR DEDAHKAN PERKAWINANNYA DENGAN . .

Sejak bergelar isteri kepada pelakon terkenal iaitu Fattah Amin, hidup Fazura di katakan makin lengkap dan bahagia kerana sudah pun berkeluarga. Nampaknya ke mana sahaja kelibat Fazura ini pergi, aksinya dan perilakunya pasti akan menjadi tontonan dan di rakam oleh ramai peminat setianya.

Sangat bertuah si Fazura, dia mendapat seorang suami dan keluarga mertua yang sangat baik hati. Mertuanya juga di katakan sangat memahami, penyayang dan menerima Fazura seadanya dirinya. Fazura sendiri juga di katakan sangat mudah untuk mesra dengan keluarga mertua termasuk adik-adik iparnya.

Baru-baru ini ramai betul yang memuji Fazura kerana melihat betapa sayangnya dan prihatinnya Fazura bila melayan ibu mertuanya. Fazura di katakan bukan sahaja menunjukkan sikap sweet dengan suami, malah begitu juga layanannya pada mertuanya yang kini bagaikan BFF. Hari ini ramai mertua yang mengadu punya menantu perempuan yang tidak hormatkan mereka namun ibu Fattah sangat beruntung mendapat menantu yang loving macam Fazura.

Jika berada di mana-mana program dan majlis, Fazura pasti akan memimpin tangan ibu mertuanya sambil berjalan. Rakaman video ini di puji ramai orang dan mereka menganggap Fazura wajar di jadikan contoh yang baik untuk di ikuti oleh ramai wanita di luar sana apabila bergaul dengan mertua setelah berkeluarga nanti.

. . #Repost @bellerrina2 • • • “Bukan dengan Fattah je dia sweet, tapi…” – Video Genggam Tangan Mertua, Netizen Puji Sikap Fazura #FattahAmin #NurFazura #Fattzura #ToyotaGazooRacingMalaysia #lotsoflove Credit vid #530_tv . Pasangan yang sama cantik, sama padan, Fattah Amin dan Nur Fazura sering menjadi perhatian netizen. Setiap apa yang dilakukan mereka pastinya menjadi bualan masyarakat. . Umum mengetahui bahawa akstress jelita itu merupakan seorang yang lemah lembut dan penyayang. Beliau juga sering memuat naik video mesra bukan sahaja bersama suaminya, malah peminat dan keluarganya di Instagramnya. . Baru-baru ini, sebuah video menjadi tular di Instagram apabila kelihatan Fazura bersama mertuanya, Azizah Abdul Ghani sedang bermesra ketika menghadiri sebuah event Toyota Gazoo Racing (TGR) di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. . Menerusi video tersebut, Fazura yang sedang berjalan sambil mengenggam tangan ibu mertuanya melihatkan bahawa beliau seorang yang penyayang dan mempunyai kasih sayang yang mendalam terhadap keluarganya. . Rata-rata netizen kagum dengan sikap Fazura itu bukan sahaja terhadap suaminya, malah kepada ibu mertuanya juga.

A post shared by FATTAH FAZURA (@fatt.faz) on Mar 27, 2018 at 6:16am PDT

Sumber : kisahdunia.com

The post “Patutlah Disayangi Mertua Dan Orang Ramai,Tengoklah Macam Mana Sikap Fazura Dengan Mertua”-Fazura Dipuji Ramai Orang Melalui Rakaman Video Ini appeared first on KRT.

SUMBER: ceritakembor.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*