Gila Comel Tengok Azad Jazmin Battle Menari Dengan Amarra! Pecah Perut Dibuatnya..

MH pasti ramai di antara korang yang seronok melihat gelagat pelakon, Azad Jazmin dan anak sulungnya, Amarra Sofea Rose yang sering membuat kita ketawa.

Kalau sebelum ini netizen terhibur melihat Amarra fasih berbahasa Tamil, kali ini sekali lagi gelagat dua beranak ini berjaya membuat netizen ketawa sampai pecah perut.

Baru-baru ini, menerusi akaun Instagram Azad, dia ada berkongsi sebuah video yang direpost semula daripada akaun Instagram @my.ebu yang merakamkan dirinya dan anaknya sedang ‘battle’ menari.

Aduh betul-betul terhibur hati MH melihat anak beranak ini berlawan menunjukkan tarian masing-masing.

Ok jom MH kongsi dengan korang video Azad dan Amarra battle menari lagu Havana.

#Repost @my.ebu with @get_repost ・・・ Dah macam ulat beluncas dah dua beranak ni tapi hebat jugak @anakdarapakazad menari bersungguh nak kalahkah daddy dia @azadsyazirarose  jom kita tengok siapa yang akan menang dalam battle dance ni kejap lagi pukul 5petang di youtube eBu Klik link di bio untuk ke youtube channel kami  . Jangan lupa untuk saksikan #OhMyFamily episod 3 setiap RABU 9malam hanya di Astro Ria, Ria HD & Astro Ceria

A post shared by Pak Azad ( KingSmaN C911 ) (@azadsyazirarose) on Apr 22, 2018 at 5:24am PDT

Lucu kan? Rata-rata netizen yang terhibur telah meninggalkan komen di ruang komen dan ada juga yang berkata mereka seronok melihat keluarga Azad yang sentiasa ceria.

zurasfendi: Knp aku nk gelak ja kalau tgk video ni.. lawak n cute dua beranak ni…

handsock.boutique: Suka tengok fmly dia org ni. Happy ja.

mamapositif_cikgushima: Hehehe…comelnya amarra…Sama Naik dgn Pak dia

aarzbulet: Hahahahahah…lawak la 2 branak nie…

relawatijalinus: Hahaahahaa,ank pak,azad…mula2 nmpk blur2…skly dia bukak langkah.. tanjat pak azad..perangai bapakk btol.. comey ikut mummy..

Sumber: Instagram Azad Jazmin

The post Gila Comel Tengok Azad Jazmin Battle Menari Dengan Amarra! Pecah Perut Dibuatnya.. appeared first on KRT.

sumber :kisahrumahtangga

Prm:
CERITA KEDUA

Semua sedia maklum, Neelofa dan Datuk Hans Isaac pernah bersama suatu masa dahulu. Namun hubungan mereka terputus di tengah jalan lalu masing-masing membawa diri dan haluan sendiri.

Namun baru-baru ini melalui portal Hangat.com, MH ada nampak mereka kongsikan gambar dimana Neelofa dan Hans dikatakan telah makan malam bersama di Genting Hishlands, Pahang.

Amboi bukan main manis lagi senyuman Neelofa ketika bersebelahan dengan Hans.

MH difahamkan mereka baru sahaja selesai menonton konsert penyanyi Hollywood terkenal Joh Legend.

Jika tidak salah, konsert tersebut merupakan Darkness and Light World Tour yang telah diadakan di Arena of Stars di Resort World Genting.

Semua ini dapat dikesan melalui instagram seorang pengacara, model serta sahabat baik kepada Hans apabila memuat naik video di Insta Storiesnya.

Secara tidak langsung telah mengukuhkan dakwaan mereka berdua telah menonton filem tersebut bersama.

Bagaimanapun, sehingga kini baik Neelofa mahupun Hans tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Tetapi andai kata benar, why not! Lagipula masing-masing single dan available bukan?

SUMBER : Hangat.com

The post Mereka Di ‘tangkap’ Tonton Persembahan John Legend Bersama, Benarkah Cinta Neelofa & Hans Isaac Berputik Kembali ? appeared first on KRT.

SUMBER: ceritakembor.com

CERITA KETIGA

Kenyataan Rasmi:
Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak
Pengurus

Tahniah diucapkan buat penyanyi kesayangan ramai, Dato Sri Siti Nurhaliza yang selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi tadi.
1 Rejab Yang Bermakna

Siti yang bersalin secara pembedahan itu memilih untuk bersalin hari ini kerana pada hari ini juga adalah 1 Rejab dalam bulan Islam dan bersamaan tarikh kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) . Siti dan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat.
Bakal Umumkan Nama Anak Dalam Masa Terdekat

Mengenai wajah dan nama anak beliau pula, sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk melihatnya apatah lagi berita teka teki kelahiran bayi ini hangat diperkatakan sejak minggu lalu. Siti dan suami walaubagaimanapun meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Mewakili pihak Siti dan keluargar, Rozi Abdul Razak pengurus kepada penyanyi itu yang juga kakak iparnya mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan. Tahniah diucapkan buat Siti dan keluarga! Selamat berpantang dan semoga bayi berkenaan membesar menjadi anak yang solehah.

Sumber: Hangat.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*