Gara-gara Hijab, Zarina Anjoulie Sindir Neelofa Di Instagram

Zarina Anjoulie merupakan antara selebriti yang boleh dikatakan agak outspoken dengan perihal isu-isu semasa yang berlaku di kalangan artis tempatan. Walaupun jarang muncul di kaca TV, namun dirinya agak popular menerusi media sosial dan kini beliau sibuk dengan perniagaan yang diusahkan.

Terbaru, menerusi IG Stories, Zarina terlihat cuba menyampai sesuatu pesanan kepada usahawan selebriti Neelofa dengan kata-kata yang agak pedas.

“Kalau berhijab, tak yah pergi Zouk” itulah kata-kata dari Zarina Anjoulie di laman Ig miliknya.

Pesanan ini susulan dari keratan akhbar dari Mstar yang mana Neelofa dilihat tidak setuju dengan selebriti yang memakai barangan palsu atau tiruan. Neelofa dengan jelas mengatakan dia tidak beli barang grade AA untuk bergaya.

Zarina Anjoulie dilihat memberi respon ini kepada Neelofa. Umumnya kita sudah mengetahui kontroversi Neelofa melancarkan tudung Naelofar Hijab bertempat di kelab malam Zouk sebelum ini. Tapi bagi kami, hal lama tak perlu nak ungkit kembali, Syarikat Tudung Neelofa pun dah mohon maaf secara terbuka. Dah boleh Moveon rasanya…

sumber : apahaltu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*