Elvina cemas bayi dalam kandungan tidak bergerak

PELAKON Elvina Mohamad mengakui cemas apabila bayi dalam kandungannya yang kini berusia tiga bulan tidak bergerak selepas dia mengalami keracunan makanan pada Sabtu.

Elvina atau Norzalina Mohamad, 23, berkata perkara itu berlaku ketika dia dan suami berada di Melaka atas urusan kerja.

“Semalam bayi dalam kandungan saya tidak bergerak satu hari selepas saya keracunan makanan. Selepas buat pemeriksaan, doktor beritahu badan saya kurang air dan muntah-muntah.

“Saya risau sangat kerana itu pertama kali saya tidak rasa bayi ini bergerak dan perasaan sangat takut sepanjang dalam perjalanan ke hospital saya hanya berdoa agar semua selamat,” ujarnya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Elvina bersyukur, apabila doktor mengesahkan bayi dalam kandungannya itu berada dalam keadaan baik.

 

Elvina berkahwin dengan Mohd Haniff pada 18 Mac lalu.

Dalam pada itu pelakon Isteri Untuk Diiktiraf ini berkata, doktor menasihatkan agar dia tidak melakukan kerja-kerja berat yang boleh menjejaskan kandungannya.

Tambahnya, dia juga akan berehat daripada bidang lakonan sehingga selepas bersalin atas permintaan suami.

“Alhamdulillah bayi selamat dan doktor nasihatkan agar saya tidak banyak berjalan kerana kandungan masih belum kuat. Sekarang juga saya sudah berehat sementara daripada lakonan sehingga selamat bersalin nanti.

“Ini bayi pertama jadi saya bimbang dan takut kalau apa-apa berlaku,” ujarnya.

Pelakon itu berkahwin dengan Datuk Mohd Haniff, 32, pada 18 Mac lalu dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan yang diadakan di Hotel Royale Chulan di sin.

I have somuch of you in my heart! My king ❤️ . 📸 @pixyo.photo

A post shared by A Little Lady 🦋 (@elvinamohamad) on

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/08/06/elvina-cemas/#Qj6CM6pBofMh8HOs.99

Sumber : gengjoyah.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*