Datuk Bandar Ini Dituduh Membuat Penipuan Yang Tidak Bijak, Cuba Anda Perhatikan Gambar Ini Betul-Betul

SEORANG Datuk Bandar tiba-tiba popular di negaranya selepas gambar dia bersama pengikutnya sedang memeriksa tapak pembinaan yang didakwa disunting menggunakan perisian ‘Photoshop’ tular.

Gambar tersebut menunjukkan Datuk Bandar Alvorada, José Arno Appolo do Amaral dan timbalannya Valter Slayfer berada di sebuah tapak kapal korek di Alvorada, sebuah bandar di Brazil.

Posting asal gambar itu dimuat naik di Facebook rasmi Perbandaran Alvorada, bersama dengan keterangan panjang yang memperincikan tentang lawatan tersebut.

Kedua-dua pegawai itu didakwa mengawal sebahagian daripada operasi dan mengisytiharkan diri mereka berpuas hati dengan kerja-kerja hidraulik yang dijalankan.

Tidak lama kemudian orang ramai mula curiga dengan foto tersebut, yang menunjukkan Amaral dan Slayfer berdiri dari jauh sambil dilihat memberikan arahan kepada penyelia tapak.

Kedudukan dan cara kedua-dua mereka berdiri di atas jalan serta warna gambar mereka berbanding warna persekitaran dilihat ganjil, jadi pengguna Facebook mula berkongsi dan mempersoalkan keasliannya.

Apabila foto itu tular dan orang ramai mula membuat suntingan gambar lain dengan memasukkan gambar Amaral dan timbalannya, gambar lawatan itu telah dipadam oleh Perbandaran Alvorada tanpa sebarang penjelasan.

Tindakan itu dilihat sedikit terlambat kerana ia telah tular dan keadaan menjadi lebih teruk apabila pihak media mahu mendapatkan kepastian.

Ketika dihubungi oleh akhbar tempatan, Correio do Povo, pengarah komunikasi Perbandaran Alvorada, Celso Dornelles, menafikan bahawa gambar itu telah ‘diganggu’ dengan apa-apa cara, tetapi gagal menerangkan mengapa ia dipadamkan dari laman Facebook rasmi perbandaran itu.

Sebaliknya, dia menegaskan bahawa kerja-kerja pengorekan memang telah dilaksanakan,

Bagaimanapun, Amaral sendiri ketika dihubungi media mengakui gambar itu kelihatan palsu apabila nampak jelas suntingan dilakukan menggunakan Photoshop.

Katanya dia tidak terlibat dalam penciptaan dan penerbitannya dan mungkin ia merupakan ‘karya’ seorang pekerja pelatih yang sangat bersemangat.

Walaupun siasatan dalaman mungkin akan dilancarkan, Datuk Bandar itu berjanji bahawa sesiapa yang bertanggungjawab atas kesalahan ini tidak akan dipecat.

Malah, Amaral mungkin akan memberi mereka kenaikan.

“Dari sisi yang baik, saya menjadi sangat popular di internet, mungkin saya juga akan menjadi senator tidak lama lagi,” katanya sambil bergurau kepada Guachazh Porto Alegre.

Amaral kini adalah salah satu meme yang sedang trending di Brazil sekarang, malah mempunyai beberapa laman Facebook yang didedikasikan untuk dirinya dan timbalannya.

Ini bukanlah kali pertama kita melihat individu berjawatan menggunakan Photoshop untuk menipu orang ramai.

Beberapa tahun lalu, pihak berkuasa di St Petersburg, Rusia, melakukannya sebanyak dua kali dalam tempoh hanya sebulan, untuk menunjukkan bahawa mereka telah membaiki infrastruktur awam walau hakikatnya mereka tidak melakukannya.

SUMBER : MSTAR ONLINE

sumber: gedebak viral

Prm:

CERITA KEDUA

 

 

Semua sedia maklum, Neelofa dan Datuk Hans Isaac pernah bersama suatu masa dahulu. Namun hubungan mereka terputus di tengah jalan lalu masing-masing membawa diri dan haluan sendiri.

 

Namun baru-baru ini melalui portal Hangat.com, MH ada nampak mereka kongsikan gambar dimana Neelofa dan Hans dikatakan telah makan malam bersama di Genting Hishlands, Pahang.

 

Amboi bukan main manis lagi senyuman Neelofa ketika bersebelahan dengan Hans.

 

MH difahamkan mereka baru sahaja selesai menonton konsert penyanyi Hollywood terkenal Joh Legend.

 

Jika tidak salah, konsert tersebut merupakan Darkness and Light World Tour yang telah diadakan di Arena of Stars di Resort World Genting.

 

Semua ini dapat dikesan melalui instagram seorang pengacara, model serta sahabat baik kepada Hans apabila memuat naik video di Insta Storiesnya.

 

Secara tidak langsung telah mengukuhkan dakwaan mereka berdua telah menonton filem tersebut bersama.

 

Bagaimanapun, sehingga kini baik Neelofa mahupun Hans tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

 

Tetapi andai kata benar, why not! Lagipula masing-masing single dan available bukan?

 

SUMBER : Hangat.com

 

The post Mereka Di ‘tangkap’ Tonton Persembahan John Legend Bersama, Benarkah Cinta Neelofa & Hans Isaac Berputik Kembali ? appeared first on KRT.

 

SUMBER: ceritakembor.com

 

CERITA KETIGA

 

 

 

Kenyataan Rasmi:

Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

 

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.

Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

 

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

 

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

 

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

 

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

 

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak

Pengurus

 

Tahniah diucapkan buat penyanyi kesayangan ramai, Dato Sri Siti Nurhaliza yang selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi tadi.

1 Rejab Yang Bermakna

 

Siti yang bersalin secara pembedahan itu memilih untuk bersalin hari ini kerana pada hari ini juga adalah 1 Rejab dalam bulan Islam dan bersamaan tarikh kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) . Siti dan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

Bakal Umumkan Nama Anak Dalam Masa Terdekat

 

Mengenai wajah dan nama anak beliau pula, sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk melihatnya apatah lagi berita teka teki kelahiran bayi ini hangat diperkatakan sejak minggu lalu. Siti dan suami walaubagaimanapun meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

 

Mewakili pihak Siti dan keluargar, Rozi Abdul Razak pengurus kepada penyanyi itu yang juga kakak iparnya mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan. Tahniah diucapkan buat Siti dan keluarga! Selamat berpantang dan semoga bayi berkenaan membesar menjadi anak yang solehah.

 

Sumber: Hangat.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*