Budak Ini Bergaduh Dengan Mak Kemudian Larikan Diri Ke Bali Bersendirian. Alasan Budak Ni Buat Kita.. Lebih Mengejutkan Umurnya Baru..

Budak Ini Bergaduh Dengan Mak Kemudian Larikan Diri Ke Bali Bersendirian. Alasan Budak Ni Buat Kita.. Lebih Mengejutkan Umurnya Baru..

Jika kita sebagai anak bertelingkah dengan ibu bapa, paling-paling pun kita akan keluar sebentar dari rumah atau jumpa kawan rapat untuk tenangkan diri.

Tetapi lain pula terjadi kepada satu keluarga dari Sydney ini apabila seorang anak berusia 12 tahun ‘bergaduh’ dengan ibunya dan akibat dari insiden itu, kanak-kanak tersebut telah pergi ke Bali.

Apa yang jadi seterusnya? Baca untuk berita lanjut.

Gaduh dengan ibu, holiday ke Bali

SYDNEY: Polis Australia pada Selasa menyiasat kes seorang budak lelaki 12 tahun yang berjaya menaiki pesawat tanpa ditemani sesiapa untuk ke Bali, Indonesia seterusnya menginap selama empat hari di sebuah resort menggunakan kad kredit ibu bapanya.

Sejak beberapa hari lalu tular di sosial media mengenai seorang budak berumur 12 tahun telah pergi ke Bali seorang diri selama empat hari. Tetapi bagaimana dia boleh survive? Dari mana dia dapat duit untuk bercuti? Ini kisahnya.

Pada Selasa lalu, Polis Australia telah menyiasat kes seorang budak yang berjaya menaiki pesawat tanpa ditemani sesiapa untuk ke pusat peranginan terkenal di Indonesia itu.

Budak itu seterusnya menginap selama empat hari di sebuah resort, menyewa skuter, minum bir dan sebagainya dengan menggunakan kad kredit ibu bapanya.

Budak 12 tahun bercuti di Bali sendirian, joli kad kredit ibu bapa sampai ribuan dolar

Menerusi agensi berita AFP, kanak-kanak itu telah melarikan diri dari rumah di Sydney selepas berlaku salah faham dengan ibunya. Dia menaiki pesawat tambang rendah (Jetstar) dan transit di Perth sebelum meneruskan penerbangan ke Bali.

Habis puluhan ribu ringgit dengan menggunakan..

Ibu kepada kanak-kanak itu juga mempertikai kawalan penumpang kanak-kanak yang tidak ditemani kedua ibu bapa atau penjada di lapangan terbang.

Dia tidak suka bila saya katakan ‘jangan’ kepadanya.

‘Percutian’ rahsia yang bernilai A$8,000 (RM23,760) itu terbongkar apabila seorang rakan memberitahu ibunya mengenai sebuah video yang mempunyai tagging lokasi.

Menurut Polis Persekutuan Australia pula, mereka pada mulanya mendapat notifikasi tentang percubaan kanak-kanak itu keluar negara berseorangan pada 8 Mac lalu, sebelum mendapat petunjuk menunjukkan dia berada di Bali pada 17 Mac.

Pada hari berikutnya, kanak-kanak itu ditemui polis Indonesia dan selepas itu, ibu bapanya telah datang ke Bali untuk membawanya pulang.

via Oh Bulan Sumber: Astro Awani, Facebook Runway Rascal

sumber : cegitucegini

Prm:
CERITA KEDUA

Semua sedia maklum, Neelofa dan Datuk Hans Isaac pernah bersama suatu masa dahulu. Namun hubungan mereka terputus di tengah jalan lalu masing-masing membawa diri dan haluan sendiri.

Namun baru-baru ini melalui portal Hangat.com, MH ada nampak mereka kongsikan gambar dimana Neelofa dan Hans dikatakan telah makan malam bersama di Genting Hishlands, Pahang.

Amboi bukan main manis lagi senyuman Neelofa ketika bersebelahan dengan Hans.

MH difahamkan mereka baru sahaja selesai menonton konsert penyanyi Hollywood terkenal Joh Legend.

Jika tidak salah, konsert tersebut merupakan Darkness and Light World Tour yang telah diadakan di Arena of Stars di Resort World Genting.

Semua ini dapat dikesan melalui instagram seorang pengacara, model serta sahabat baik kepada Hans apabila memuat naik video di Insta Storiesnya.

Secara tidak langsung telah mengukuhkan dakwaan mereka berdua telah menonton filem tersebut bersama.

Bagaimanapun, sehingga kini baik Neelofa mahupun Hans tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Tetapi andai kata benar, why not! Lagipula masing-masing single dan available bukan?

SUMBER : Hangat.com

The post Mereka Di ‘tangkap’ Tonton Persembahan John Legend Bersama, Benarkah Cinta Neelofa & Hans Isaac Berputik Kembali ? appeared first on KRT.

SUMBER: ceritakembor.com

CERITA KETIGA

Kenyataan Rasmi:
Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak
Pengurus

Tahniah diucapkan buat penyanyi kesayangan ramai, Dato Sri Siti Nurhaliza yang selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi tadi.
1 Rejab Yang Bermakna

Siti yang bersalin secara pembedahan itu memilih untuk bersalin hari ini kerana pada hari ini juga adalah 1 Rejab dalam bulan Islam dan bersamaan tarikh kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) . Siti dan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat.
Bakal Umumkan Nama Anak Dalam Masa Terdekat

Mengenai wajah dan nama anak beliau pula, sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk melihatnya apatah lagi berita teka teki kelahiran bayi ini hangat diperkatakan sejak minggu lalu. Siti dan suami walaubagaimanapun meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Mewakili pihak Siti dan keluargar, Rozi Abdul Razak pengurus kepada penyanyi itu yang juga kakak iparnya mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan. Tahniah diucapkan buat Siti dan keluarga! Selamat berpantang dan semoga bayi berkenaan membesar menjadi anak yang solehah.

Sumber: Hangat.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*