Ben Amir tak ambil ‘pot’ kisah lalu Uqasha

KUALA LUMPUR: Mengakui semakin rapat dengan Uqasha Senrose, pelakon, Ben Amir bagaimanapun, tidak mahu terburu-buru membuat keputusan, sebaliknya selesa hubungan mereka berjalan tanpa sebarang paksaan.

Ben atau nama penuhnya, Muhammad Amir Sabaruddin berkata, dia menyenangi personaliti wanita yang mula didekatinya sejak beberapa bulan lalu, malah enggan mengambil peduli segala kontroversi pernah melanda Uqasha dulu.

Baginya, dia tidak layak menghukum Uqasha hanya kerana hubungan cintanya, sebelum ini tidak kesampaian kerana setiap insan berhak mencari kebahagiaan sendiri.

Parawisata #Bali

A post shared by BenAmirr (@benamirr) on

“Apa yang dilaluinya dulu, biarlah berlalu. Saya tidak mahu ambil tahu dan percaya, dia juga banyak belajar daripada kegagalan hubungan dulu. Semua itu menjadi pengalaman yang mematangkan Uqasha.

“Sama seperti orang lain, Uqasha juga pasti mengharapkan hubungan yang terjalin berakhir dengan kebahagiaan. Jika ditakdirkan sebaliknya, mahu atau tidak, dia perlu terus melangkah. Bagi saya, dia juga berhak mencari kebahagiaan,” katanya.

Mengulas pertemuan yang mendekatkan mereka, Ben yang dikenali menerusi drama, Mariam Alisa dan Suri Hati Mr Pilot itu berkata, dia mengenali Uqasha sejak empat tahun lalu, selain pernah berlakon bersama dalam sebuah produksi.

Bebek enak banget 👍 #bali

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2) on

 

Namun, hubungan mereka mula akrab beberapa bulan lalu apabila Uqasha sering ke lokasi penggambaran drama, Cinta Tiada Ganti yang dibintangi Ben bersama adik pelakon itu, Nelydia Senrose.

“Dulu, kami hanya bertegur sapa sebagai rakan seperjuangan. Pernah juga beberapa kali terserempak ketika menghadiri acara hiburan, tetapi ia terhenti di situ.

“Kami mula rapat apabila Uqasha sering menemani dan menjemput Nelydia di lokasi. Kami mula berbual dan lama-kelamaan saya semakin selesa, tambahan pula kami sekepala. Jika ditanya, ketika ini, kami masih dalam peringkat mengenali hati budi.

“Namun, saya tidak menolak untuk membawa hubungan kami ke fasa lebih serius. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk bercakap mengenai perkara itu. Saya juga tidak mahu terlalu teruja, biarlah berjalan perlahan-lahan,” katanya.

Ben berkata, dia juga tidak menolak sekiranya ada pihak berminat untuk menggandingkan mereka dalam produksi yang sama.

“Kalau ada yang mahu menggandingkan kami berdua, saya tiada masalah. Sebagai pelakon, saya hanya menjalankan tanggungjawab dan perlu profesional apabila membabitkan soal kerja,” katanya.

Sumber: BH

Sumber : gengjoyah.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*